ISKANDARIAH merupakan kota kedua terpenting selepas Kaherah (Cairo). Iskandariah adalah sebuah kota pelabuhan import dan eksport barang-barang. Ia mengalami kemajuan yang pesat sehingga sempat menjadi ibu kota Mesir selama hampir seribu tahun hingga penaklukan Islam pada tahun 621M.
Iskandariah pernah melalui tiga peradaban besar iaitu Ptolemi, Romawi dan Bazantine. Melalui kota Iskandariah ini, Islam disebarkan ke Eropah. Iskandariah terkenal sebagai salah satu kawasan pelancongan tepi pantai yang indah yang menyeberangi kawasan lautan Mediterranian.
Antara destinasi menarik yang bakal anda lawati ketika berada di Iskandariah adalah seperti berikut:
Kubu Qaitbey
Makam Imam Bushairi
Makam Imam Abi Darda'
Makam Nabi Daniel dan Lokman Al-Hakim
Roman Theatre
Istana Farouk
Babilotesya
*Destinasi boleh dipilih.
Sunday, December 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






No comments:
Post a Comment